Make your own free website on Tripod.com
 
          
Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kemus  
Alor Gajah, Melaka
http://umno_kemus.tripod.com | E-Mail: umnokemus@fcmail.com

Penghargaan  &  Usul Pemuda UMNO Bahagian Alor Gajah
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Usul
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Penghargaan 
Pergerakan Pemuda UMNO Kemus merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada YB En. Nawi bin Ahmad ADUN Melekek yang telah sudi merasmikan Persidangan UMNO, Pemuda dan Wanita Cawangan Kemus Kali ke 10 pada 27 Februari 2000 yang baru lalu.  

Di kesempatan ini juga, penghargaan kami tujukan kepada kepimpinan dan ahli-ahli pentadbiran UMNO Bahagian Alor Gajah atas segala sokongan dan tunjuk ajar yang diberi kepada Cawangan ini. Semuga kesatuan umat Melayu di dalam UMNO akan terus berpanjangan. Insya Allah.


Usul Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Gajah - 12 Mac 2000
Menyedari kegawatan ekonomi negara telah menguburkan ramai usahawan kecil dan sederhana bumiputra, seterusnya mengagalkan pencapaian Dasar Ekonomi Baru. 

Memahami dan mengakui bahawa pembelaan terhadap mereka perlu diteruskan dan diperjuangkan serta wujudnya banyak peluang-peluang baru dan lama yang masih belum diterokai sepenuhnya. 

Menginsafi pencapaian orang-orang Melayu di dalam bidang ekonomi masih terlalu jauh ketinggalan. 

Maka Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Alor Gajah pada hari ini 12 Mac 2000 mengambil ketetapan:- 

1. Mendesak kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Pelancongan mengawalselia semua syarikat pelancongan bumiputra terutama yang lemah dan kecil supaya mereka diberi peluang sebagai katalis untuk memasarkan pelancongan negara baik di dalam dan luar negara. Pendedahan maksimum dan tunjuk ajar/ bimbingan dan peluang mesti diberi agar mereka dapat bersaing di peringkat nasional, global dan berteknologi maklumat. Pendidikan dan kursus intensif mesti diberi kepada semua peringkat yang terlibat di barisan hadapan "front liner" di semua kawasan pelancongan dari golongan buruh, pembantu kedai hinggalah ke peringkat yang lebih tinggi. 

2. Mendesak kerajaan menubuhkan segera satu tribunal yang ditugaskan untuk menggubal mekanisma berbentuk kuasa perundangan yang boleh memantau serta mengawal perjalanan dan urusan "e-commerce" supaya ianya berjalan dengan baik di semua pintu masuk negara untuk memastikan segala cukai/duti berkaitan dibayar dari perniagaan "e-commerce". 

3. Meminta kerajaan segera mewujudkan prasarana khas untuk usahawan bumiputra di dalam teknologi maklumat supaya mereka tidak terus ketinggalan dalam aspek k-ekonomi, e-ekonomi dalam dunia siber tanpa sempadan. 

4. Mendesak kerajaan menyelaras, mengawalselia dan mengkaji semula keberkesanan tabung-tabung dan kemudahan-kemudahan pembiayaan supaya tidak membebankan peminjam di samping mengurangkan kerenah birokrasi dari segi permohonan, kelulusan dan penggunaan kemudahan tersebut serta memberi peluang kepada usahawan (kecil dan sederhana) yang berdaya maju tetapi telah disenaraihitamkan. 

5. Menggesa kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna mengawal dengan lebih ketat kadar inflasi bagi menjamin kuasa beli pengguna. Satu mekanisma terbaik mesti digunal untuk menurunkan serendah mungkin kadar inflasi seiring  ke arah pengangguran sifar. 

6. Menggesa kerajaan meneliti, menilai dan menyemak (post mortem) semula peranan agensi-agensi kerajaan tertentu terutamnya yang menjaga kepentingan bumiputra dilaksanakan dengan berkesan. 

7. Menggesa kerajaan menggabungkan dana-dana beku umat Islam untuk membantu dan Jihad ke atas pemulihan ekonomi umat Islam agar mereka dapat mengembalikan kegemilangan dan kecemerlangan maruah ekonomi umat Islam. 

8. Meminta kerajaan melancarkan skim satu rumah satu komputer di kalangan ahli-ahli UMNO khususnya dan masyarakat Melayu amnya supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus teknologi maklumat. 

9. Menyarankan kerajaan menggalakkan kakitangan awam yang berhasrat bersara awal mendapat bayaran gratiuti awal dan segera bagi mempercepatkan pertumbuhan aktiviti perniagaan yang bakal diceburi mereka. 

10. Meminta kerajaan mewujudkan semula pengagihan saham-saham terbitan awam kepada usahawan bumiputra bagi membantu mereka mendapatkan tambahan modal pusingan dan membaiki kedudukan kewangan perniagaan. 

11. Menyeru kerajaan mewujudkan peluang-peluang pertanian moden kepada usahawan baru yang berintensifkan teknologi canggih dan teknologi maklumat. 

12. Menuntut syarikat-syarikat tunjang/gergasi mebuka peluang dengan lebih luas (tidak hanya sekadar memenuhi kuota 30% bumiputra) kepada usahawan bumiputra khususnya dalam dalam perlaksanaan skim vendor disamping memimpin dan membimbing mereka.